Assalamualaikum..
Alhamdulillah syukurku kepada Allah Taala masih lagi memberikan kesempatan untuk terus hidup di atas muka bumi Allah Taala ini.Sudah sekian lama blog ini tidak diupdate lantaran keterbatasan waktu menghalang diri ini untuk singgah sebentar mencoretkan sesuatu untuk tatapan sahabat sekalian.Namun ku gagahi juga untuk berkongsi sesuatu dengan sahabat kalian walaupun ia sedikit,mudah-mudahan menjadi panduan buat diri ini dan sahabat kalian.Kata-kata ini cukup simple namun banyak manfaat dan de maksud tersirat dan tersurat yang perlu sama-sama kita ambil dalam kita menjalinkan hubungan sesama insan.Cinta itu anugerah Illahi,ianya suci..Cinta itu fitrah semulajadi..
Andaikata dunia hendak meraih cinta,ia tidak akan mampu dan andaikata ia akan menolaknya ia juga tidak akan kuasa,kerana cinta itu suatu anugerah,bukan suatu hasil usaha.Cinta berasal dari Tuhan(Al Hujwiri Kasyf Al-Mahjub).
Jika seseorang hadir dalam hidup kamu dan menjadi sebahagian daripada kamu,tetapi atas sebab tertentu dia terpaksa pergi jangan terlalu sedih,terimalah kenyataan itu dan sekurang-kurangnya dia pernah membahagiakanmu.
Cinta itu seperti sinar matahari,memberi tanpa mengharap kembali.Cinta itu seperti sinar matahari,tidak memilih siapa yang ia sinari.Cinta itu seperti sinar matahari yang memberi kehangatan di hati.
Cinta adalah sebuah janji,cinta adalah sebuah cenderahati,sekali diberi tidak akan dilupakan,jangan biarkan ia hilang.
Jika ia sebuah cinta,ia tidak hadir dengan permintaan,namun ia hadir kerana ketentuan-Nya,jika ia sebuah cinta,ia tidak hadir dengan kemewahan dan kebendaan,namun ia hadir kerana pengorbanan dan kesetiaan.
Cinta tidak pernah menjanjikan apa-apa.Ia berlaku dengan indah sekali dan mungkin berakhir dengan perit sekali.
Cinta tidak semestinya membawa kebahagiaan dan keindahan,cinta juga adalah pemusnah dan boleh membawa kepada kekecewaan yang panjang.Oleh itu berhati-hatilah dalam menyambut atau menerima huluran cinta dari seseorang itu.
Cinta itu satu siksaan jikan tiada kepastian,Jiwa pasti gelisah dalam meniti sebuah kepastian.Gelisah memikirkan samada cinta yang dihulur berbalas atau bertepuk sebelah tangan.Apa jua keputusan yang bakal diterima,tabahlah selalu kerana tidak semua impian dan kehendak kita menjadi milik kita.
Untuk bercinta kita mesti berani.Jangan takut pada kegagalan tapi takutlah kepada kemungkaran.Bersedialah menghadapi kegagalan sebelum kegagalan menghancurkan hidup kita.
Ada cinta yang agung antara hamba dan Pencipta-Nya.Cinta kudus antara bonda dan anaknya.Ada cinta sahabat yang setia.Ada cinta persaudaraan yang tiada bandingannya.Ada cinta sesama makluk yang begitu mulia dan cinta dikatakan hampir tidak memilih usia.Ia juga tidak mengira rona bangsa.Tidak ada miskin kaya dalam catatan kamus cinta.Justeru.cinta dikatakan sesuatu yang cukup luar biasa dalam cakerawala hidup setia jiwa.
Khamis, 18 Februari 2010
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan