Selasa, 26 Januari 2010

SALAM UKHWAH, SALAM PERPADUAN DAN SALAM MAHABBAH BUAT KALIAN..
SEMOGA KEHIDUPAN YANG DILALUI KITA BERSAMA MEMBAWA BARAKAH DAN RAHMAT DISISI ALLAH TAALA. SETIAP PEKERJAAN YANG DILAKUKAKAN ADA MANFAAT DAN GANJARAN DARINYA.INSYAALLAH..
DI KESEMPATAN YANG DIBERIKAN INI ADALAH UNTUK MENTAARUFKAN DIRI SEBAGAI HAMBA ALLAH YANG SERBA KEKURANGAN INI AGAR IANYA DAPAT DIJADIKAN SEBAHAGIAN DARIPADA SALAH SEORANG AKHWAT DALAM KALANGAN SAHABAT YANG LAIN. PADA TANGGAL 12 JULAI 1985 BERSAMAAN 6 SYAWAL LAHIRLAH SEORANG PUTERI TUNGGAL KEPADA AYAHANDA HJ.ABDUL RAZAK BIN HAMID DAN BONDA HJH.PUZIAH BT YAHAYA. DIBERIKAN NAMA YANG AGAK UNIK DAN JUGA TERKENAL IAITU NOOR TAQWIIM. NAMUN IANYA CUKUP BEERTI PADA EMPUNYA DIRI DAN BERMAKNA BUAT AYAHANDA BONDANYA. MEMPUNYAI 5 ORANG ADIK BERADIK. 3 ORANG ABANG DAN SEORANG ADIK LELAKI. BERASAL DARI BANDAR TAIPING, PERAK DARUL RIDZUAN SEHINGGALAH SEKARANG. NEGERI KEBANGGAAN YANG CUKUP DIKAGUMI DENGAN MEMPUNYAI SEORANG MUFTI YANG BERANI DAN BIJAK MELAKSANAKAN AMANAH YANG DIPIKULNYA KEPADA AGAMA BANGSA DAN NEGARA IAITU DATUK SERI HARUSSANI ZAKARIA.
SETERUSNYA MENDAPAT PENDIDIKAN AWAL DI TAMAN DIDIKAN ISLAM TAMAN TASIK TAIPING DAN S.R.K.(P) TREACHER METHODIST TAIPING SEHINGGA TAMAT DARJAH 6. KEMUDIAN MELANGKAH KE ALAM PERSEKOLAHAN YANG TINGGI DI S.M.K TERACHER METHODIST TAIPING SELAMA 3 BULAN SAHAJA DAN BERPINDAH KE S.M. K. DR. BURHANUDDIN TAIPING DALAM KELAS ALIRAN AGAMA SEHINGGA DI TINGKATAN 3. OLEH KERANA AYAHANDA DAN BONDANYA BERKEHENDAKKAN AKU MENJADI SEORANG USTAZAH SEPERTIMANA ABANG KE3 KU MAKA AKU DITUKARKAN LAGI KE SEKOLAH AGAMA SEPENUHNYA IAITU MAAHAD AL-KHAIR LIL-BANAT (MKLB) KAMUNTING, TAIPING. SETELAH TAMAT SIJIL PELAJARAN MALAYSIA (SPM)PADA 2002 AKU TERUSKAN MELANJUTKAN PELAJARAN DI TINGKATAN 6 PULA IAITU SIJIL TINGGI AGAMA MALAYSIA (STAM) DI SEK.AGAMA RAJA PEREMPUAN TAAYAH IPOH, PERAK SELAMA 2 THN. SELEPAS ITU KE PERINGKAT DIPLOMA DI KOLEJ (U) ISLAM ANTARABANGSA SELANGOR (KUIS) DALAM PENGKHUSUSAN SYARIAH SEHINGGA AKU BERGRADUAT PADA 20 JULAI 2008.
ALHAMDULILLAH..PERJUANGANKU BELUM SELESAI..DENGAN IZIN ALLAH S.W.T. SEKALI LAGI AKU MENDAPAT TAWARAN MENYAMBUNG PELAJARAN YANG LEBIH TINGGI DI PERINGKAT IJAZAH SARJANA MUDA PENDIDIKAN DI UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS (UPSI) TANJUNG MALIM, PERAK DALAM BIDANG PENGKHUSUSAN PENDIDIKAN ISLAM DENGAN PENDIDIKAN. INILAH MASANYA YANG KU TUNGGU2 DAN HARAPAN AYAHANDA BONDAKU AKAN AKU LAKSANAKAN. TIDAK AKAN KU SIA-SIAKAN SEPANJANG AKU BERADA DI SINI. SEKARANG AKU MASIH DI BUMI UPSI DI TAHUN 3..AYAHANDA DAN BONDAKU HARAP SABAR MENUNGGU KEJAYAAN YANG TAK LAMA LAGI AKU AKAN RAIH DENGAN JAYANYA BERBEKALKAN DOA DARI KEDUANNYA AGAR DENGAN KEJAYAAN INI AKAN KU BALAS SEGALA PENAT LELAH MEREKA SELAMA INI. TANPA MEREKA AKU TIDAK AKAN SAMPAI KETAHAP PADA HARI INI...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan